A8 → Lepas Dapat Klien, Apa Nak Buat? Panduan Profesional Untuk VA Baru

Ramai fikir dapat klien tu penamat perjalanan… sedangkan itulah permulaan sebenar.

Sebab kalau anda gagal uruskan klien dengan baik, mereka tak akan repeat. Atau lebih teruk – tak bayar pun!

Jom tengok apa yang anda kena buat lepas close klien pertama anda.


1. Sediakan Kontrak & Perjanjian Servis
Dokumen ini sangat penting untuk:
✔ Lindungi hak anda & klien
✔ Nyatakan dengan jelas skop kerja, waktu kerja, dan pembayaran
✔ Elak salah faham di kemudian hari

Anda boleh guna template dari RahsiaVA untuk mula dengan cepat.


2. Cipta SOP (Standard Operating Procedure)
Bila ada SOP, kerja jadi lebih teratur & konsisten. Contoh SOP:

  • Langkah onboarding klien baru

  • Proses laporan mingguan

  • Saluran komunikasi rasmi (contoh: Slack, Email)


3. Buat Jadual & Sistem Kerja Yang Efisien
Contoh:

  • Hari Isnin = Urusan emel & jadual

  • Selasa–Khamis = Kerja projek

  • Jumaat = Laporan & semakan

Ini bantu anda elak burnout & jaga kualiti kerja.


4. Hantar Invois & Pantau Pembayaran
Gunakan tools seperti Wave, Paypal Invoice atau Google Sheet untuk:
✔ Sediakan invois lengkap
✔ Letakkan due date jelas
✔ Jejak pembayaran supaya tak tertinggal

Ingat, VA yang bijak uruskan kerja & duit akan tahan lama dalam industri!


5. Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam RahsiaVA.com?
✔ Template kontrak & perjanjian yang boleh terus guna
✔ Sistem kerja yang boleh dijadikan SOP
✔ Panduan invois & pengurusan klien selepas onboarding
✔ Langkah bina hubungan jangka panjang dengan klien


Urus klien macam seorang profesional, walaupun anda masih baru.
Itulah kunci untuk bina reputasi & dapat klien yang repeat.

Semua panduan praktikal ini ada dalam ebook RahsiaVA

✍️ Ditulis oleh Syabani Zainon
Penulis di BuatJer.com – berkongsi strategi, panduan, dan inspirasi untuk bantu anda mula bina kerjaya digital dari rumah, terutama sebagai Virtual Assistant (VA).

Prinsip saya mudah: "Jangan tunggu sedia. Buat jer."

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*