Bekerja dari rumah sebagai Virtual Assistant memang fleksibel…
Tapi kalau tak pandai urus, anda akan rasa cepat letih, hilang fokus dan mula burnout.
Jangan risau – artikel ini akan bantu anda kekalkan keseimbangan antara kerja & hidup.
1. Tetapkan Waktu Kerja Yang Jelas
Jangan kerja “ikut mood”. Tetapkan waktu rasmi macam kerja biasa – contoh 9 pagi – 1 tengah hari, 2 – 5 petang.
Bila waktu kerja habis, tutup laptop terus. Jangan bawa kerja ke ruang rehat.
2. Cipta Ruang Kerja Khas Di Rumah
Penting ada ruang kerja yang selesa dan tak bercampur dengan tempat tidur atau ruang keluarga.
Mindset anda akan berubah bila anda masuk ke 'zon kerja'.
3. Belajar Untuk Cakap “Tidak”
Bila dah jadi VA, ramai yang fikir kita ‘available 24 jam’.
Tetapkan sempadan – tak perlu reply mesej klien tengah malam.
Komunikasi yang jelas = hubungan kerja yang sihat.
4. Ambil ‘Break’ Secara Berkala
Guna teknik Pomodoro: kerja 25 minit, rehat 5 minit.
Atau jalan-jalan keluar rumah sekejap untuk cas semula tenaga mental.
Burnout berlaku bila otak kita terlalu lama on-mode.
5. Luangkan Masa Untuk Diri & Keluarga
Jangan biar kerja ambil alih seluruh hidup.
Buat aktiviti yang buat anda gembira – baca buku, masak, main dengan anak.
Bila hati tenang, kerja pun jalan.
Apa Anda Akan Pelajari Dalam RahsiaVA.com? Teknik urus masa khas untuk VA
Template jadual kerja fleksibel tapi efisien
Cara kawal beban kerja supaya tak terbeban
Tips mindset untuk kekalkan motivasi jangka panjang
Kerja dari rumah sepatutnya buat hidup anda lebih baik, bukan lebih stres.
Kalau anda nak mulakan perjalanan sebagai VA secara seimbang & teratur, mulakan dengan ilmu yang betul.
Semua ini dikongsikan dalam ebook RahsiaVA
Ditulis oleh Syabani Zainon
Penulis di BuatJer.com – berkongsi strategi, panduan, dan inspirasi untuk bantu anda mula bina kerjaya digital dari rumah, terutama sebagai Virtual Assistant (VA).
Prinsip saya mudah: "Jangan tunggu sedia. Buat jer."
Leave a Reply