Siapa BuatJer?

Logo BJ trans

πŸ”Ή Tentang BuatJer.com

BuatJer.com ialah platform blog yang dibangunkan khas untuk bantu mereka yang sedang tercari-cari peluang pendapatan dari rumah, terutama dalam bidang kerjaya digital seperti Virtual Assistant (VA).

Konsep "Buat Jer" datang dari satu prinsip mudah tapi powerful:

β€œJangan tunggu sempurna. Jangan tunggu sedia. Yang penting – mula dulu. Buat jer.”

Ramai orang ada impian nak ubah hidup. Nak kerja dari rumah. Nak jana pendapatan sendiri. Tapi ramai juga yang terperangkap dalam mentaliti "nanti dulu".

Di sinilah BuatJer.com bantu – dengan beri ilmu, panduan dan inspirasi praktikal untuk bantu anda terus mula jalan, walaupun tanpa pengalaman atau modal besar.


πŸ”Ή Tentang Penulis

Hai, saya Syabani Zainon, penulis di sebalik blog BuatJer.com.

Saya bukan datang dari latar belakang IT atau startup hebat. Tapi saya ada satu kelebihan – suka belajar dan cepat bertindak.

Bermula dari bawah, saya pernah terlibat dalam pelbagai model bisnes: dari jual produk fizikal, jadi affiliate marketer, hingga ke produk digital dan pemasaran berbayar (Facebook Ads, TikTok, Google Ads).

Saya percaya, dengan ilmu dan strategi yang betul – mana-mana orang biasa pun boleh capai luar biasa.

Melalui BuatJer.com, saya kongsikan pengalaman sebenar, strategi pemasaran, dan jalan mudah untuk anda bina kerjaya digital sendiri – terutama sebagai Virtual Assistant (VA).

Jika anda sedang cari jalan untuk mula, saya harap blog ini dapat jadi pemula kepada perubahan hidup anda. Jemput baca blog saya ye..

Terima kasih..😊